5 Tips Berkesan Lulus Temuduga Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Temuduga merupakan perkara utama yang perlu ditempuhi sebelum menjawat jawatan yang ditawarkan. Sebagai seorang pencari kerja, mereka akan berhadapan dengan situasi perit ditemuduga sebelum ditawarkan bekerja. Lulus dengan cemerlang dalam temuduga tersebut, cerahlah harapan untuk berjaya menjawat jawatan yang dipohon.

Sedar ataupun tidak, masih ramai yang tidak memberi keutamaan dalam sesi temuduga. Mereka beranggapan, panel temuduga hanya melihat resume, sijil-sijil akademik mahupun sijil-sijil lain yang berkaitan. Sedangkan penampilan diri terabai dan tidak diberikan keutamaan yang sewajarnya.

5 tips berkesan lulus temuduga kerja

Amat rugi sekiranya kita ditawarkan peluang untuk menghadiri sesi temuduga, tetapi tidak dimanfaatkan dengan baik. Ramai lagi insan yang kurang bernasib baik mengharapkan peluang yang sedemikian rupa. Jadi, untuk itu bermula hari ini, amalkan 5 tips berkesan untuk lulus temuduga kerja kelak.

5 Tips Berkesan Lulus Temuduga Kerja

1. Penampilan diri haruslah diberikan keutamaan

Penampilan diri yang kemas dan sedap mata memandang amatlah digalakkan semasa menghadiri sesi temuduga. Tidak kiralah kerja kerajaan mahupun swasta. Apa yang penting, penampilan haruslah kemas. Rambut mesti kemas. Baju mesti segak bergaya sesuai dengan temuduga yang dihadiri. Janggut ataupun misai, kalau panjang sangat elok dipotong agar kelihatan kemas dan macho.

Sama juga kongsepnya dalam hubungan sesama insan. Ada awek, muka cantik sangat tetapi penampilan diri tidak dijaga dengan baik, pun tidak bernilai juga. Ada yang muka tidak cantik sangat, tetapi sedap mata memandang pun susah juga. Terlajak laris jadinya.

2. Bergaya harus. Tetapi jangan “OVER” sangat.

Bila dah penampilan diri kemas, dah nampak bergaya dan sedap mata memandang, janganlah dilupa satu perkara ni. Jangan “OVER” sangat boleh? Apabila dah terlajak “OVER”, mata yang sedap memandang tadi pun akan hilang seleranya. Bertukar kepada benci dan menyampah serta meluat-luat. Faham? Nak bergaya boleh, tetapi awas. Jangan “OVER” sangat.

3. Resume biarlah kemas. Ada kejujuran dan nampak profesional sikit.

Tidak dinafikan. Ramai yang masih belum berjaya menulis resume dengan baik dan sempurna. Penulisan resume haruslah kemas dan kelihatan profesional. Barulah layak dengan taraf jawatan yang dipohon. Kebanyakannya juga, suka sangat menipu dan memberikan maklumat palsu dalam resume tersebut. Kononnya panel temuduga tidak tahu. Sedangkan dia lupa satu perkara.

Panel temuduga itu terlebih makan garam darinya. Teknik dan taktik sebegini bukan pertama kali jumpa. Dah banyak yang mereka jumpa. Jadi, untuk menampakkan anda seorang yang jujur dan amanah, tulislah resume dengan sepenuh hati. Dan ikhlas. Orang yang menipu selalu rugi. Betul kan?

4. Maklumat penting jangan dilupakan.

Buat persediaan bagi memastikan anda tidak terlupa dokumen dan maklumat yang penting. Apabila tibanya hari tersebut, kekalutan pastinya terjadi. Untuk mengelakkan akal fikiran bertambah serabut, buat persediaan awal. Jangan sesekali buat kerja “last minute”. Walaupun kerja “last minute” itu adalah amalan anda. Untuk lulus temuduga kerja, point yang keempat ni, haruslah diberikan perhatian yang sewajarnya.

5. Jangan bertanya soalan yang pelik.

Apabila berada dalam bilik temuduga, jaga adab dan bahasa. Jangan sesekali bertanyakan soalan yang pelik. Dan jangan sesekali jadikan suasana itu suasana yang tidak formal. Menjawab apabila bertanya dan bertanya apabila disuruh. Jangan terlajak peramah sangat.

5 tips berkesan lulus temuduga kerja

Jadi, bermula hari ini pastikan tips ini digunapakai semasa menghadiri temuduga kerja. Bukan susah sangat nak amalkan tips ini. Betul tak?

Dan banyak lagi tips yang berguna yang boleh dijadikan panduan. Sekiranya anda teringin sangat nak tahu rahsia lulus temuduga yang lain, boleh masukkan nama dan alamat emel dalam ruangan dibawah ni.

Saya akan emelkan kepada anda secepat yang mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge