About

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Saya merupakan seorang blogger sambilan yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan kedua. Saya menubuhkan halaman Panduan Exam dot Com adalah untuk berkongsi pelbagai jenis panduan exam untuk dijadikan rujukan yang berguna kepada anda semua.

Tak lain tak bukan hanya satu niat saya. Ingin berkongsi dan ingin menjadi pemudah cara dalam menyelesaikan masalah anda. Saya tahu, setiap tahun berapa ramai yang memohon kerja dalam sektor kerajaan. Dan daripada beribu rakyat Malaysia yang memohon jawatan dalam sektor kerajaan, tak semuanya berjaya melepasi “TEMBOK” dan “DINDING” yang kerasnya lebih daripada konkrit.

Oleh itu, saya cuba mengambil inisiatif ini untuk membantu mereka yang terlibat. Membantu mereka mencapai apa yang mereka inginkan. Walaupun ianya mustahil, namun saya akan cuba usahakan. Berbekalkan panduan exam yang saya kongsikan ini, saya harap ia menjadi pemudahcara untuk anda menghadapi peperiksaan dengan jayanya.

Pilihan di tangan anda. Apa yang baik saya cuba kongsikan, saya harap ianya memberikan lebih kebaikan buat diri anda sendiri.

Salam perkenalan dari saya, Mohd Hafizul Che Man, pengasas laman Panduan Exam dot Com.

“Kejayaan anda adalah bonus untuk saya.”