Contoh Soalan Exam F29

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Contoh soalan exam F29 berkemungkinan ramai yang belum mengetahuinya. Dikesempatan yang ada ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua sukatan peperiksaan F29. Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 bakal berlangsung pada 8 Mac 2014.

contoh soalan exam F29
Antara Contoh Soalan Exam F29

Dibawah ini saya kongsikan sedikit sukatan peperiksaan yang bakal anda hadapi pada 8 Mac 2014 nanti. Ianya sekadar panduan untuk memudahkan anda mengulangkaji contoh soalan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 tersebut.

Ujian ini mengandungi dua Seksyen iaitu:-

Seksyen A – Pengetahuan Am

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan serta perkembangan isu-isu semasa.

Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan dalam bidang ICT yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma di dalam bidang tersebut.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Bilangan soalan dalam seksyen ini ialah 40 soalan dan ianya terbahagi kepada dua kongsep iaitu :-

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisis data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Berdasarkan sukatan peperiksaan tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawasanya tanpa ilmu yang secukupnya, kita mungkin akan gagal dalam peperiksaan tersebut. Disebabkan oleh kandungan soalan yang terlalu umum dan ada juga sukatan SPM, kita mungkin agak sukar untuk menjawabnya.

Untuk itu, saya ingin kongsikan dengan anda semua. Pakej rujukan menghadapi exam penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 bakal anda dimiliki. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Peluang untuk menghadiri exam F29 ini mungkin anda tidak akan dirasai lagi. Begitu juga dengan panduan hebat ni.

Klik banner dibawah untuk mendapatkan panduan tersebut.

Saya doakan yang terbaik untuk anda semua. Bukan senang nak dapatkan kerja dalam sektor kerajaan ni. Susah!!!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge