Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Dibekukan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Jawatan kosong kerja kerajaan dibekukan?”

“Macam mana ni???”

Berita tentang pembekuan jawatan dalam sektor kerajaan semakin hangat diperkatakan. Sejak beberapa minggu yang lepas, ada sahaja keluhan masyarakat sekeliling. Tidak dinafikan, impian untuk bekerja dalam sektor kerajaan telah menjadi sebati dalam jiwa anak-anak muda. Terutama sekali bagi mereka yang telah berjaya menghabiskan pengajian di Institusi Tinggi.

Tamat sahaja zaman belajar, mesti tanam angan-angan untuk memohon kerja kerajaan. Begitulah dengan apa yang saya lalui beberapa tahun yang lepas. Kelebihan bekerja di sektor kerajaan telah menjadi rebutan graduan di Malaysia.

Pembekuan pewujudan jawatan baharu merupakan langkah pengawalan saiz perkhidmatan awam yang diperkenalkan kali ini, kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). JPA dalam kenyataan hari ini berkata pengisian kekosongan jawatan berikutan persaraan, peletakan jawatan, pertukaran, kematian dan penamatan perkhidmatan masih boleh dilaksanakan seperti biasa.Bernama

Walaupun begitu, kerajaan ada perancangan yang tersendiri mengapa keputusan ini dibuat.

JPA berkata pembekuan pewujudan perjawatan baharu dalam perkhidmatan awam akan diimbangi dengan usaha menambahkan peluang pekerjaan di sektor swasta.

Anda masih memiliki peluang yang cerah untuk bekerja bagi menampung kos sara hidup seharian. Bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta sama sahaja sebenarnya. Masing-masing ada kelebihan dan keburukan yang tersendiri.

jawatan kosong kerja kerajaanDengan syarat, bekerja dengan hati yang ikhlas. Jangan bekerja semata-mata mahukan gaji sahaja. Jangan selalu memilih kerja. Zaman sekarang, bukan masanya untuk memilih kerja. Anda dapat peluang bekerja, gunakan ia dengan sebaik-baiknya. Carilah pengalaman kerja terlebih dahulu. Apabila dah ada pengalaman, kita akan ada “value” yang tersendiri.

Boleh?

Sekian sahaja untuk kali ini. Jangan asyik mengeluh sahaja. Cuba belajar untuk berusaha menjadi yang terbaik.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge