Keputusan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Keputusan exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 telah pun dikeluarkan oleh pihak SPA. Anda boleh menyemak keputusan anda di SINI. Jutaan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan tersebut. Kejayaan itu merupakan suatu perkara yang terbaik dalam kehidupan anda.

keputusan exam penolong pegawai teknologi maklumat f29
Tahniah diucapkan buat mereka yang terlibat

Selepas sekian lama menunggu keputusan tersebut, akhirnya telah terjawab. GAGAL ataupun BERJAYA, ia adalah hasil kesungguhan anda semua dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Jangan bersedih jika anda gagal. Dan jangan terlalu gembira sekiranya anda berjaya.

Kepada mereka yang telah BERJAYA, sila lengkapkan diri anda. Persiapkan diri anda untuk menempuh sesi temuduga nanti. Bukan senang untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan. Walau apapun yang bakal berlaku nanti, saya doakan anda semua berjaya menghadapi sesi temuduga dengan baik.

Kepada mereka yang GAGAL, diharap jangan mudah berputus asa. Cuba lagi di masa akan datang. Gagal anda hari ini tidak bermakna anda gagal untuk kelai kedua dan seterusnya. Ada hikmah disebalik dugaan ini. Kesedihan hari ini mungkin akan digantikan dengan kegembiraan yang tak terkata. Bila?

Apabila tiba masanya. Tunggu dan teruskan berdoa yang terbaik untuk kehidupan anda.

Kepada mereka yang pernah melanggan dan membeli panduan lulus exam F29 di laman ini, sila tinggalkan komen “Saya pernah melanggan” di ruangan komen dibawah.  Ada hadiah untuk saya berikan kepada anda.

Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk anda mendapatkan hadiah misteri tersebut.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge