Lepas Exam Baru Ingat Jawapan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Lepas exam baru ingat jawapan”

Keluhan seorang calon selepas menjawab peperiksaan online Penolong Akauntan W27 baru-baru ini. Biasalah kan. Kita manusia biasa yang tak lekang daripada membuat kesilapan. Ada ketika sudah merasai ianya adalah keputusan yang tepat. Keputusan yang betul.

AKan tetapi selepas keputusan itu dibuat, kita menyesal, rasa bersalah, rasa tak tenteram dengan keputusan tersebut. Ini normal dan ini merupakan asam garam dalam kehidupan selaku manusia biasa. Apa yang kita boleh lakukan, cuba dan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan sama berulang kali.

Sekadar hiasan...
Sekadar hiasan…

Jangan sesekali menyesal dan merungut dengan apa yang telah kita lakukan. Rungutan itu bukan mampu mengubah perkara yang telah terjadi. Betul tak? Seharusnya kita berdoa supaya ditenangkan hati dan jiwa. Dengan harapan, keputusan yang dibuat itu adalah tepat dan ada hikmah lain seandainya keputusan itu tersilap.

Exam sudah lepas. Sudah dijawab dengan sempurna. Bertawakal sahaja. Agar dimurahkan rezeki oleh-Nya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Coretan ringkas dari saya untuk tatapan anda semua.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge