Panduan Exam Pegawai Arkib S41

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

panduan exam pegawai arkib S41
Selamat Maju Jaya

Sebelum saya berkongsi maklumat berkenaan dengan panduan exam Pegawai Arkib S41, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran untuk peperiksaan Pegawai Arkib S41 pada hari Selasa, 1 April 2014 nanti.

Bukan selalunya kita akan bertuah mendapat peluang sebegini. Setahun sekali pun belum tentu. Untuk itu, hargailah peluang yang ada.

Kepada mereka yang belum menyemak tawaran untuk peperiksaan ni, boleh menyemak nama anda di SINI.

Sukatan exam untuk jawatan Pegawai Arkib ni sebenarnya tidak terdapat di laman SPA sebagaimana jawatan-jawatan yang lain. Oleh yang demikian, saya berusaha mencari sukatan peperiksaan tersebut untuk anda jadikan rujukan yang berguna. Harapan saya, perkongsian ini dapat membantu meringankan beban yang dipikul. Sekaligus akan memberikan pendedahan awal untuk anda melakukan persediaan yang rapi.

Sukatan Exam Pegawai Arkib S41
Sekadar Gambar Hiasan

Maklumat Untuk Exam Pegawai Arkib S41 :

1 – Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan)

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab : Jabatan Arkib Negara
Jadual Gaji :

jadual gaji pegawai arkib
Gaji yang sangat lumayan

Syarat Lantikan :

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ]
  • Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Arkib Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
  • Mempunyai kelayakan di atas
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi Tugas :

Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.

*************************************************************************************************************

2 – Maklumat Sukatan Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Seksyen A –  Pengetahuan AM

Bahagian ini adalah bertujuan untuk menguji tahap keperihatinan calon terhadap jawatan yang dipohon dan juga Kementerian/Jabatan terlibat. Ianya juga merangkumi hal-hal berkaitan dengan pentadbiran kerajaan, ekonomi, sukan dan teknologi maklumat.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Bahagian ini pula adalah untuk mengukur daya fikiran calon berkenaan dengan cara menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat. Ia berkongsepkan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan juga konsep Matematik.

Seksyen C – Karangan dalam penulisan Bahasa Melayu.

Seksyen D – Karangan dana penulisan Bahasa Inggeris.

*************************************************************************************************************

Apa yang saya kongsikan ini hanyalah sekadar maklumat asas berkaitan dengan exam tersebut. Matlamat saya adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran awal bagaimana sukatan yang terdapat dalam kertas peperiksaan tersebut.

Untuk maklumat dan panduan rujukan yang terperinci, anda boleh dapatkannya di SINI.

Ilmu dan maklumat yang dikongsikan dalam panduan tersebut boleh juga dijadikan nota akhir untuk calon peperiksaan. Sejujurnya, pengalaman pertama exam SPA tidak disia-siakan dengan adanya panduan exam tersebut.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge