Panduan Exam Penguasa Kastam W41

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mencari panduan exam Penguasa Kastam W41?

Berita baik buat mereka yang memerlukan. Pihak team Infokerjaya ada mengeluarkan senaskah panduan untuk dijadikan rujukan menghadapi peperiksaan online Penguasa Kastam W41 pada 6 September 2014.

Dan saya merupakan salah seorang daripada beratus-ratus agen affiliate Infokerjaya yang menjual panduan exam Peguasa Kastam ni. Dan ini bukanlah kali pertama saya melibatkan diri dengan aktiviti macam ni.

Kesungguhan pihak pengurusan Infokerjaya dalam mengeluarkan naskah panduan exam ni memang patut diberi kepujian. Kesungguhan yang ditunjukkan untuk membantu golongan graduan memang suatu perkara yang sukar.

Mungkinkah anda salah seorang daripada beribu-ribu graduan yang mencari Panduan Exam Penguasa Kastam?

Kalau YA, anda memang berada ditempat yang betul.

Untuk skop peperiksaan Penguasa Kastam, saya beranggapan ramai yang telah mengetahuinya. Calon-calon yang terlibat dengan peperiksaan tersebut sedikit sebanyak telah dimaklumkan oleh pihak SPA melalui emel ataupun sistem pesanan ringkas.

Seandainya masih ada yang belum mengetahui, boleh rujuk terus di laman Portal SPA.

“Bro, cakap la. Malas la nak cari sendiri…”

Haha. Ok. Kalau korang malas nak cari sendiri, boleh baca dibawah ni.

Skop peperiksaan yang akan terlibat ialah :

  • Seksyen A – Pengetahuan Am (9.00 AM – 9.40 AM)
  • Seksyen B – Penyelesaian Masalah (9.55 AM – 10.40 AM)
  • Seksyen C – Ujian Psikometrik (10.55 AM – 11.55 AM)

Dibawah ini saya terangkan keterangan untuk setiap seksyen tersebut. Dan penerangan ini hanyalah sekadar memberikan anda gambaran kasar bagaimana skop soalan untuk setiap seksyen tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan AM mencakupi skop yang agak meluas. Namun begitu, ianya juga bergantung kepada jawatan yang dipohon. Apa yang harus anda tahu ialah berkaitan dengan bidang pekerjaan Penguasa Kastam. Kalau boleh, anda khatamkan semua bab yang berkaitan dengan Penguasa Kastam.

Ok. Agak melampau saya kan? Tapi itulah hakikat yang sebenarnya.

Seksyen B – Penyelesaian masalah itu seharusnya menuntut anda untuk lebih berfikir. Dan fikiran anda itu haruslah cekap untuk mencari jawapan seberapa cepat yang mungkin. Di seksyen inilah ramai calon yang jawab dengan pistol. Main tembak aje. Maklum aje la. Tak sempat masa nak jawab semua soalan.

Bunyinya agak menggerunkan. Akan tetapi itulah realitinya.

Seksyen C – Ujian Psikometrik. Macam mana pula ujian Psikometrik ni kan? Pastinya ramai yang belum mengetahuinya. Fahami dulu maksud Psikometrik.

Psikometrik adalah bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian

Tengok pula contoh soalan yang berpandukan kepada difinisi Psikometrik tersebut.

Contoh Soalan Psikometrik :

1.Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.
A. Ya              B. Tidak

2. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.
A. Ya             B. Tidak

3. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.
A. Ya             B. Tidak

Walau bagaimana pentingnya penerangan untuk setiap seksyen tersebut, lagi penting saya rasa untuk anda memiliki sebuah nota untuk dijadikan rujukan yang sangat berguna.

Dan nota itu sesuai dijadikan bahan study untuk menjawab exam Penguasa Kastam tersebut.

“Bro… Panjang pula celotehnya. Kat mana nak dapat itu panduan exam Penguasa Kastam???”

“Awak…. Saya tahu dah.. Panduan yang dikeluarkan oleh team Infokerjaya ni telah membantu graduan mendapatkan kerja dalam sektor kerajaan. Sudah la membebel tu. Cepat bagi link. Saya nak download panduan tersebut…”

Sabar… Sabar… Jangan rakus yer.

Panduan exam Penguasa Kastam W41 masih belum dikeluarkan lagi oleh pihak Infokerjaya. Walaubagaimanapun, anda masih beruntung kerana pada ketika ini saya akan memberikan anda review copy untuk panduan exam tersebut.

nota exam penguasa kastam
Kandungan yang terdapat dalam nota tersebut…

Review copy ini juga boleh dijadikan nota ringkas untuk bahan study anda.

Masukkan sahaja nama dan alamat emel dalam ruangan dibawah ini. Dan sistem akan menghantar review copy ke emel anda seberapa segera.

[wysija_form id=”1″]

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sila dapatkannya segera.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge