Panduan Menjawab Exam SPA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Panduan menjawab exam SPA sebenarnya tidak susah untuk kita memperolehinya. Dalam internet khasnya, sudah banyak panduan menjawab exam yang telah mereka kongsikan. Pilih dan baca sahaja yang mana berkenan.

Panduan Menjawab Exam SPA
Panduan menjawab exam SPA perlu diberikan perhatian yang sewajarnya…

Sudah lama tidak menghadiri dan merasai suasana peperiksaan. Akhir sekali adalah ketika berada di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu, beberapa tahun yang lepas. Namun begitu, Pengalaman Pertama Exam SPA yang di lalui baru-baru ini memberikan saya pengalaman yang baru.

Wahhh macam ni rupanya exam SPA…

Ungkapan pertama selepas melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Melangkah dengan penuh perasaan yang agak kecewa. Target saya untuk tidak “main tembak sahaja” akhirnya berkecai. Untuk bahagian pengiraan, banyak jawapan yang saya tembak. Walaupun hakikatnya soalan-soalan tersebut banyak yang senang dari yang susah.

Ada kira pecahan. Tolak campur, darab bahagi. Pengiraan peratus dan diskaun harga barangan dan sebagainya lagi. Banyak soalan yang dah terlupa. Tiada masa nak ingat semua soalan kerana fikiran hanya tertumpu untuk menjawab dan mengira sahaja.

Kecewa sangat kerana tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan pengiraan tersebut. Melalui pengalaman ini, terdetiklah di hati saya untuk berkongsi serba sedikit tentang panduan menjawab Exam SPA. Harapan saya adalah untuk memberikan anda peluang agar tidak melalui pengalaman pahit sebagaimana yang saya lalui.

Panduan Menjawab Exam SPA :
  1. Sediakan kelengkapan untuk menghadapi exam SPA sepertimana yang telah ditetapkan seperti pensel 2B, pemadam dan pembaris. Kalkulator tidak dibenarkan. Mengikut pengalaman yang lepas, saya hanya menggunakan sebatang pensel 2B, pemadam dan penggorek pensel sahaja.
  2. Masuk dewan lima belas minit sebelum peperiksaan bermula.
  3. Selepas kertas jawapan diagihkan, isikan dahulu slip kehadiran. Selepas tu, ceraikan slip kehadiran daripada kertas jawapan. Lengkapkan segala maklumat yang ada di dalam kertas jawapan seperti kad pengenalan, nombor giliran dan kod peperiksaan. Hanya menggunakan pensel 2B sahaja. Pensel lain tidak dibenarkan.
  4. Mula menjawab soalan yang senang terlebih dahulu.
  5. Target. Untuk setiap soalan, targetkan masa menjawab adalah selama 2 minit. Jangan terlalu bazirkan masa pada soalan-soalan yang susah.
  6. Untuk bahagian pengiraan, banyak soalan yang berbentuk fakta. Senaraikan point-point yang penting dan abaikan ayat-ayat lain yang anda rasa tidak berkaitan. Kebanyakan soalan berbentuk fakta akan menjerat MASA anda. Ingat tu. Anda juga boleh mengira di dalam kertas soalan tersebut.
  7. Skip sahaja soalan yang tidak tahu jawapannya. Itu adalah lebih baik.
  8. Percayakan diri dan cuba untuk jujur. Itu lebih baik daripada anda meniru jawapan kawan sebelah.

Apa yang saya kongsikan ini hanyalah sekadar panduan asas untuk menjawab exam SPA kelak. Arahan menjawab soalan exam SPA akan diberikan oleh pegawai yang menjaga pada hari peperiksaan tersebut. Perkonsgian ini sekadar untuk dijadikan makluman awal kepada anda semua.

Lain padang, lain belalangnya. Begitulah juga dengan soalan peperiksaan ni. Lain jawatan mestilah lain soalannya. Akan tetapi kebanyakan soalan untuk jawatan tertentu, ada yang kata lebih kurang sama sahaja. Jadi, lakukan persediaan yang rapi sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Persediaan ini adalah untuk memberikan anda masa yang mencukupi untuk anda menghadapi soalan peperiksaan berbentuk pemikiran.

Pengalaman adalah cikgu yang berguna. Ia mendewasakan dan mematangkan kita. Tanpa pengalaman, hidup ibarat layang-layang.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge