Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan April merupakan bulan yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berkelayakan. Baik lepasan Ijazah, Diploma mahupun Sijil. Semuanya bakal menikmati rezeki dan tuah untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Dengan syarat, anda mengetahui serba sedikit panduan temuduga kerja kerajaan.

panduan temuduga kerja kerajaan

Tidak susah bukan?

Terlebih dahulu saya ingin berkongsi senarai kerja kosong kerajaan yang dikeluarkan dalam bulan April 2015 ini.

  1. Juruteknik Komputer FT17
  2. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
  3. Pemandu Kenderaan H11
  4. Pembantu Kesihatan Awam U17
  5. Pembantu Operasi H11
  6. Pembantu Penguatkuasa N17
  7. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  8. Pembantu Setiausaha pejabat N17
  9. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
  10. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
  11. Jurubahasa Gred L17
  12. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
  13. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
  14. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
  15. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Kerja Kosong Unisza (Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin)

  1. Penolong Pegawai Tadbir (N27)
  2. Pembantu Tadbir (P/O)(N17)
  3. Pembantu Operasi (N11)
  4. Pengawal Keselamatan (KP11)
  5. Pembantu Awam(H11)

Banyak lagi sebenarnya jawatan kosong untuk bulan April 2015.

panduan temuduga kerja kerajaanBerjaya dipanggil temuduga adalah satu peluang yang sangat bermanfaat. Amat rugi jika dibiarkan begitu sahaja tanpa mengambil inisiatif untuk berjaya dalam temuduga tersebut. Paling penting, jangan pandang rendah apabila dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan.

Sebab itulah pentingnya panduan temuduga kerja kerajaan.

Lagipun, kerja sekarang memang susah untuk diperolehi. Bukan senang lagi. Sekarang ini kita perlu bersaing untuk mendapatkan kerja dalam sektor kerajaan. Sudah ramai lepasan University sekarang ini.

Tips Menghadapi Temuduga Kerja Kerajaan

1 -Kaedah penilaian temuduga

Berikut ialah kadar penilaian yang diberikan semasa temuduga iaitu :

  •  Amat baik
  • Baik
  • Sederhana
  • Lemah
  • Catitan

2 – Paras rupa fizikal

  • Pakaian haruslah bersesuaian. Kemas dan kelihatan menarik dimata orang.
  • Kuku dan rambut haruslah kemas. Bersih dan bergaya. Kalau kuku panjang, potong kemas-kemas. Lap bersih-bersih. Ramai yang tidak mengendahkan kepada kebersihan kuku. Walaupun nampak seperti tidak penting bagi kita, tetapi bagi panel temuduga, ia sangat penting.

3 – Tingkah laku

  • Jaga elok-elok tingkah laku anda semasa berada dikawasan bilik temuduga.
  • Jangan bercakap perkara yang pelik lagi luar biasa.
  • Diam andainya tidak ditanya.
  • Ketuk pintu temuduga dan berikan salam jika anda seorang Muslim. Tenangkan diri anda dan bersedia untuk ditemuduga.
  • Duduk hanya selepas disuruh. Dan sambut salam apabila panel hakim menghulurkan tangan.

 4 – Kemahiran bertutur

  • Tenang dan mudah difahami.
  • Gaya penyampaian dan menjawab soalan panel temuduga haruslah lancar.
  • Perbendaharaan kata dan pemilihan perkataan dan penyampaian yang jelas.

5 –   Pengetahuan

  • Persediaan ilmu berkenaan dengan jawatan yang dipohon amatlah penting.
  • Pengalaman kerja itu penting. Ada pengalaman barulah seronok untuk menjawab soalan barisan panel temuduga.
  • Elakkan daripada menjawab soalan yang anda tidak tahu jawapannya. Pendek kata, jangan tipu.

Banyak lagi panduan dan teknik untuk menghadapi temuduga. Itu sahaja yang mampu saya kongsikan.

Dibawah ini ada panduan untuk anda menghadapi Temuduga Kerja Kerajaan yang mana telah diterbitkan oleh pihak Team Infokerjaya.

~~~> Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

panduan temuduga kerja kerajaan

Semoga apa yang saya kongsikan ini tidak menghampakan anda semua. Dapatkan panduan tersebut sekiranya anda serius untuk bekerja dalam sektor kerajaan.

Comments

  1. says

    Menyentuh pasal pakaian yang bersesuaian..saya pernah jadi panel temuduga jawatan gred 17, seorang calon wanita sopan memakai baju kurung, tapi tali bra nampak iaitu dari jenis yang kena sangkut kat leher macam bikini tepi pantai..memanglahh… nak marah pun ade masa tu..

    Anyway, lengkap dah entri ni..memang sangat2 membantu mereka yg akan menghadiri temuduga.
    ctfand recently posted…Resepi Mudah: Fritters KentangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge