Pengalaman Pertama Exam SPA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengalaman pertama exam SPA sememangnya akan menjadi pengalaman yang terindah dalam hidup saya. Sepanjang memohon jawatan perkhidmatan awam, ini adalah kali yang pertama saya menempuh exam SPA. Saya ingin kongsikan beberapa perkara berpandukan kepada pengalaman saya menempuh peperiksaan tersebut. Sedikit sebanyak apa yang saya kongsikan ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang memerlukan.

pengalaman pertama exam spa
Laman SPA

Seronoknya hati saya apabila membaca surat panggilan peperiksaan daripada SPA. Tidak disangka. Sudah bertahun saya tidak mengemaskini laman permohonan kerja SPA, saya tetap mendapat tawaran untuk menghadapi exam SPA tersebut. Mungkin ia rezeki saya. Barangkali, inilah permulaan untuk saya menempuh alam pekerjaan yang mencabar dalam sektor awam.

Tahun sebelumnya, saya telah mendapat tawaran untuk menghadapi exam SPA. Mungkin bukan rezeki saya. Saya tidak dapat menghadiri peperiksaan tersebut disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan.

Persediaan untuk menghadapi exam SPA

Seminggu sebelum saya menempuh peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29, saya telah melakukan beberapa perkara. Antaranya ialah :

  1. Hal-hal perkomputeran, itu semestinya perkara utama yang saya harus diberikan perhatian.
  2. Mengulangkaji bahagian yang berkaitan dengan dunia teknologi maklumat.
  3. Bertanyakan kepada mereka yang mempunyai pengalaman menghadiri peperiksaan untuk jawatan tersebut. Apakah corak dan jenis soalan yang pernah ditanya dalam exam SPA.
  4. Membeli panduan exam yang dikeluarkan oleh Team Infokerjaya. Ini penting kerana ianya boleh dijadikan nota terkahir untuk menghadapi peperiksaan.
pengalaman pertama exam spa
Exam SPA Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Antara kelebihan membeli panduan exam
  1. Disediakan contoh-contoh soalan untuk dijadikan rujukan dan panduan yang berguna.
  2. Disediakan juga nota penting berkenaan dengan sesuatu exam yang bakal dihadapi.
  3. Terselit teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan.
  4. Setiap contoh-contoh soalan dilengkapi dengan jawapan dan untuk bahagian pengiraan ataupun bahagian daya menyelesaikan masalah ada ditunjukkan juga jalan pengiraannya. Bagi saya, study soalan dalam panduan exam ini sahaja pun sudah memadai.
  5. Disuntik juga beberapa kata semangat dan kata-kata peransang untuk memperteguhkan lagi emosi anda yang telah terganggu dengan tekanan dan pelbagai masalah lain lagi.
  6. Beberapa nota ringkas berkenaan dengan program-program kerajaan.
  7. Dan banyak lagi ilmu yang bakal anda perolehi dalam panduan exam ini.

Sejujurnya saya akui. Saya sangat berpuas hati dengan ilmu yang saya perolehi dalam panduan exam tersebut. Ini kerana, ianya bukan sahaja boleh diadaptasikan di dalam peperiksaan sahaja. Malah boleh diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Secebis kata-kata penulis panduan untuk sesuatu peperiksaan SPA :

Dimaklumkan bahawa soalan-­soalan SPA adalah sulit dan tidak dijual di mana-­mana. Apa yang dimuatkan dalam naskhah ini adalah soalan-­soalan berdasarkan kepada huraian dan gambaran yang diberikan oleh pihak SPA melalui edaran umum.

Oleh itu, jangan segan silu dan jangan lokek untuk mendapatkan panduan berguna ini. Setiap kali exam SPA berlangsung (untuk jawatan-jawatan tertentu), pihak Team Infokerjaya akan mengeluarkan panduan exam untuk rujukan dan panduan anda.

Seronok bila ada insan yang sudi menjadi pemudahcara dalam menyelesaikan masalah kita. Terutama sekali masalah untuk berjaya mendapat jawatan kerja dalam sektor kerajaan.

Comments

    • Admin says

      Hehe..biasalah tu kan? Banyak kali ambik pun satu kelebihan juga.. Sekurang-kurangnya banyak ilmu dan trip peperiksaan yang dah kita ketahui..cuma yang tinggal nak jawab soalan dengan betul aje la..hehe
      Admin recently posted…Panduan Menjawab Exam SPAMy Profile

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge