Peperiksaan Online Penguasa Kastam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama saya tidak mengemaskini laman Panduan Exam. Beberapa bulan ini, tiada sebarang update yang terbaru yang sempat disiarkan di sini. InsyaAllah. Selepas ini, saya akan mula aktif dengan berkongsikan apa jua cerita selaras dengan objektif penubuhan laman ini.

Beberapa bulan ini…

Banyak benda yang telah terjadi. Dan paling terkejut sekali ialah pihak SPA telah menetapkan cara baru untuk calon menduduki peperiksaan. Peperiksaan haruslah dilakukan secara atas talian (online) sekarang ni. Sayang seribu kali sayang. Saya tertinggal peluang untuk mewar-warkan info tentang peperiksaan online SPA ni.

Sebagai seorang calon peperiksaan, banyak kelebihan yang boleh dirasai kesan daripada perubahan ini. Antaranya ialah :

  1. Menjimatkan masa dan kos.
  2. Kepada calon yang sedang bekerja, tidak perlu mengambil cuti semata-mata untuk menghadiri peperiksaan.
  3. Dimana-mana pun boleh menjawab soalan peperiksaan tersebut dengan syarat, ada akses kepada talian internet.
  4. Dan pelbagai lagi kelebihan yang kita rasai. Betul kan?

Namun, di setiap perubahan yang baru dilakukan akan ada kelemahannya yang tersendiri. Begitu juga dengan perubahan yang telah dilakukan oleh pihak SPA. Laman peperiksaan online SPA ternyata mengalami beberapa masalah diawal penubuhannya. Masalah itu sememangnya memberi impak yang sangat besar dihati calon semua. Antara kelemahan itu ialah :

  1. Akses kepada soalan peperiksaan perlahan.
  2. Ada juga seksyen soalan yang tidak boleh diakses.
  3. Kadang-kadang laman tu ‘logout’ sendiri.
  4. Dan pelbagai lagi masalah yang berlaku.
peperiksaan online SPA
Antara keluhan hati calon peperiksaan…

Disebabkan oleh masalah yang sedemikian rupa, pihak SPA dengar kata ada buka tawaran dan peluang kedua untuk calon yang menghadapi masalah macam ni. Dan saya yakin, untuk kali ini calon tidak akan berhadapan dengan masalah seperti itu lagi. Apa yang calon perlu sediakan ialah pastikan tiada sebarang masalah pada talian internet. Juga komputer yang digunakan pastikan dalam keadaan yang baik.

Mau tak stress nanti. Tengah seronok jawab soalan tetiba komputer hanging. Dah terlepas peluang keemasannya disitu. Betul tak?

exam penguasa kastam W41

Sumber : Portal SPA

Untuk makluman semua.

Peperiksaan online Penguasa Kastam akan bermula pada 06 September 2014 (Sabtu). Oleh yang demikian, kepada calon yang terlibat, jangan lupa dapatkan panduan exam Penguasa Kastam dengan meninggalkan nama dan alamat emel pada ruangan di bawah.

[wysija_form id=”1″]

Saya akan memaklumkan kepada anda semua setelah laman jualan panduan tersebut dibuka nanti.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge